CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 22, 2013

~~Anak Angkat @ Primadona~~

assalamu'alaikum...
salam 1 malaysia..^_^
malam ni tak tahu nak buat apa..
so, melayan program Primadona kat astro prima..
tajuk malam ni: ANAK ANGKAT
best isu malam ni..
me pun ada pengalaman dengan benda ni..
no..no..no..
I'm not anak angkat..
tapi salah seorang adik kandung saya, dijadikan anak angkat oleh pak long saya, abang kepada ayah saya sendiri..
mesti ramai yang hairan kenapa my parents sanggup lepaskan adik kandung kat pak long.
sebab utama kenapa, saya sendiri tak pasti, sebab waktu tu umur saya sendiri pun baru 12 tahun..
apa yang pasti, lebih kepada kesian kot kat pak long..
walaupun macam tu, family pak long dah biasakan dia dari kecik untuk panggil my parents mak timah & pak atan..
cume untuk die betul2 faham yang dia adalah anak angkat mungkin akan ambil masa bila dia dah besar kot..
parents pun tiap2 kali raya akan jenguk die, before raya akan belikan sekali baju, seluar & kasut untuk die.
kadang2, my parents akan balik kampung pak long untuk jenguk die, memandangkan pak long duduk jauh dari kuching.

setakat ni tak ada lah timbul apa2 isu..
tapi tak tahu lah kalau2 suatu hari nanti..
apa2 pun macam yang dibincangkan dalam Primadona tadi, sebaik2nya anak angkat tu dijadikan anak susu, bagi menjadikan anak itu mahram kepada keluarga yang ada anak angkat ni.
 lagi satu, isu harta.
semua orang tahu anak angkat tak ada hak dalam tuntutan harta pusaka.
tapi keluarga angkat boleh berikan hibah@hadiah kepada anak angkat tu sebelum meninggal.

bagi yang ada anak angkat tadi, kalau boleh, bagitahu dia awal2 status dia sebagai anak angkat.
bukan nak pinggirkan dia, nak sakitkan hati dia.
tapi bagi memudahkan segala-galanya.
kalau bagitahu waktu dia dah besar, takut nanti dia tak boleh nak terima kenyataan.
lagi haru biru dibuatnya nak menerangkan dan memujuk.

I just hope that my brother can accept & understand all this bila dia dah besar nanti.
bukan niat di hati my parents untuk buang dia, tapi cuma my parents & ALLAH jek yang tahu sebab sebenar.
and I still can see rasa pilu & sedih di muka my mom setiap kali dia pandang, peluk & cium adik saya.
tiap kali saya nampak, rasa kesian sangat.
coz I know she loves her child so much..
 and mom, I LOVE YOU TOO DAMN SO MUCH..
adioosss..

Thursday, February 21, 2013

~~Simplysiti Clear Solution BB Cream~~

assalamu'alaikum...
wink2..please welcome our new member of the club...<effect: drum)


Cik Simplysiti Clear Solution BB Cream!!!!
I was introduced to this product by my adik angkat..
At that time, I forgot to bring my foundation, so I asked her does she have any foundation..
and she told me to use this BB cream..
first time sapu BB cream ni kat muka, rase macam powdery jerk walaupun cream ni dalam bentuk cecair pekat, likat..
seriesly, tak berminyak..tak macam foundation or BB cream yang lain..
and die punye coverage memang awesome!!!
tak menyesal beli, and harga die pun memang affordable sangat2..
ada dua jenis pilihan warna, either medium beige or light beige..
supposedly me sepatutnye beli yang light beige..
sebab waktu try yang adik angkat punya, die pakai light beige and color tu suitable dengan my skin tone..
tapi disebabkan terlupa die beli color apa, and waktu tu pulak tak ade tester, so I ended up bought medium beige..
still ok, not too dark but slightly a little bit dark for my skin tone..
tapi bile cover dengan compact powder, die jadi macam light beige sikit..
bau die pun sedap..
bau lemon..hehehe
and the most important part is, mudah dibersihkan...
so far, puas hati la dengan BB cream ni.
and kalau tak ada problem, akan stick dengan cream ni jek..
terasa diri ini ingin menjerit kepada Dato' CT sebab keluarkan produk yang awesome macam ni!!!
adiooss..^_^

Monday, February 18, 2013

~~Rezeki Tengah Bulan~~

assalamu'alaikum..
banyak lak bahan malam ni..
bahan yang sekadar ada jek..huhu..
huhu..alhamdulillah.... <huge smile from blog's owner>
rezeki ALLAH bagi di pertengahan bulan..
mengisi poket yang hampir kekeringan dek keborosan empunya blog..
mampu menampung perbelanjaan tuan tanah sehinggalah gaji hujung bulan ni..
ye, tuan tanah sungguh gembira dengan rezeki yang tak disangka2 akan tiba secepat ini..
ohh..tuan tanah tidak berjimba dengan duit ini..
tuan tanah risau poket tandus.. 
Alhamdulillah ya Allah..
terima kasih kerajaan Malaysia..^_^
adiosss..
 

~~Cemerkap~~

assalamu'alaikum...
salam sejahtera...<agagaga>

this is what u will get when u'olls jadi CEMERKAP macam empunya blog tak semenggah ni..
I ended up bought 3 deodorant.
actually nak beli yang set buy 1 free 1 jek..
tapi tak terperasan pulak dalam bakul dah ada 1 deodorant..
letak basket atas kaunter, tanpa double check items dalam basket..
dah beli barang2, heran sendiri kenapa macam berlebihan sangat belanja ni..
baru perasan benda alah ni..
-_-"
ni silap2 stok setahun..
adiosss..

Wednesday, February 13, 2013

~~Kecintaan!!~~

assalamua'alaikum...
salam 1 Malaysia..=)
just a short entry..
for those yang tau, opppsss..not only tau..
tapi kenal me, especially my frens mesti akan tau betapa CINTAnya me pada kasut dan beg...
I'm not sure where I got those "gene"...(my mom gonna hit me if I ask her this..hahaha)
my next target
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

(sumber: Reebonz)

I love wedges and heels so much....
going to threat myself a pair of this next month...
adiosss...

Sunday, February 10, 2013

~~Kesempatan dalam Kesempitan Masa~~

assalamu'alaikum..
salam 1 Malaysia.. (^_^)
Gong Xi Fa Cai (pakai baju merah, semangat 1 Malaysia)
hari ni barulah ada mood nak bercerita..sikit jek lah..tak banyak pun..
last Thursday berjaya menyempatkan diri untuk menonton wayang..haha..
dah lama tak pergi tengok movie kat cinema..
memandangkan 7 Februari hari tu first day cerita Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit, so kitaorang pun berpakat la nak tengok ceta tu..
tak boleh nak dinafikan, a little bit high expectation towards that movie (before)..
tapi tak lah sebest yang hantu kak limah 1..
FROM MY POINT OF VIEW la..
jangan ada yang nak hentam me pulak ehh..
maybe sebab takde johan dah kot..
kureng punchline la yang kak limah 2 ni..
even partner pun say the same things jugak..
bagi mengubat sedikit kekecewaan tu, kitaorang pergi layan boling pulak..
this is my ALL-TIME favourite!!!
dah lame giler tak pergi main boling..
zaman study dulu selalu giler gi main boling..
yelah..waktu tu boleh guna student card ag..fee men boling adalah sangat MURAHHH kalau kat Metro Point Kajang..
selalu main pun, tak hebat-hebat jugak... (shame on me...)
kegianan tengok movie dah, main boling dah..
satu jek yang belum..
KARAOKE!!!
member2 yang gila karaoke sume dah jauh2 and busy2..
nyanyi dalam hati jek lah yang mampu...
next project adalah: THEME PARK!!!
tunggu partner cuti nanti, baru kitaorang pergi..
cepat2 lah masa berlalu..tak sabar-sabar dah ni..
nak settlekan keja ofis dulu..
kena settlekan waktu cuti ni supaya waktu masuk keja nanti dah tak busy sangat..
B'kejaran dengan deadline GERAN PENYELIDIKAN!!!!
adioossss..

Tuesday, January 29, 2013

~~Hak Cuti Hak Kami!!~~

assalamu'alaikum..=)
salam 1 Malaysia.. (saya patriotik)
sekarang tengah musim budak2 degree kat UKM (I think most U) bercuti semester..
UKM sangat sunyi..yang tinggal cuma student postgraduate and pekerja2 UKM termasuklah saya...
hmmm..suasana hidup seorang pelajar itu sangat dirindui...
tapi yang bestnye, line internet laju jek bila tak ramai student ni..hahaha..
masalah TERBESAR bila cuti semester ni adalah kekurangan bas dalam UKM..
yang ada cuma bas zon 6K dan 6Z..
laluan KTM UKM ke dalam UKM...
and only one way sahaja..sedangkan jalan dalam UKM ni ada banyak laluan..
hari ni tadi terpaksa naik bas dari faculty engineering ke KTM UKM, naik bas lain pulak untuk masuk UKM balik, nak ke faculty sciences plak..
memandangkan jalan dari faculty sciences ke bangunan canselori tak ada bas lalu waktu cuti semester ni, terpaksalah beta menapak jalan kaki, ditemani cahaya matahari yang memancor-mancor..
it takes me about 20 minutes to walk from faculty of sciences to Canselori building..
bengkak dehh kaki beta..
terpaksa lah beta merancang perjalanan dalam UKM dengan sistematik setiap malam..
jadi bagi rakyat-rakyat jelata yang nak berjumpa dengan beta, silakan lah buat appointment sehari lebih awal..
supaya beta tak perlu berulang alik dua, tiga kali nak uruskan urusan rasmi beta..

beta tengah mempertimbangkan permohonan cuti untuk diri sendiri..
perlu berjumpa dengan "dukun" gigi dan "dukun" kesihatan beta..
gigi geraham beta bahagian atas sebelah kiri dah tumbuh!!!!hehe..kena jaga elok2..
and ubat gastrik dah habis..bahaya2 kalau tak ada simpanan..

HAK CUTI HAK BETA!!! (maafkan pekerja anda yang gila ini wahai bos)

p/s:  p'gunaan ganti diri nama "beta" digunakan sebab tuan empunya blog tengah bengong...=D

Monday, January 28, 2013

~~masaelah itu pintu~~

assalamu'alaikum...=)
salam 1 Malaysia..=)
adakah tuan empunya blog gagal ujian BM waktu SPM sampaikan MASALAH dieja MASAELAH??
sila abaikan tajuk yang menggunakan perkataan MASAELAH..(saya bukan perosak bahasa..maafkan saya)
and lagi satu..penggunaan ganti diri nama "saya" dan "aku" adalah bergantung kepada mood tuan empunya blog.. ^_^
jom menyelam kepada intipati sebenar entri ni..

setiap orang ada masalah..
tak ada manusia yang tak ada masalah..
semua manusia sama..
yang berbeza hanyalah darjah kesukaran sesuatu masalah dan juga PEMBAWAAN "penghidap" masalah..
pembawaan yang dimaksudkan di sini ialah, macam mana seseorang itu menerima masalah yang menimpa dirinya, macam mana insan ini berhadapan dengan masalah, dan apa yang insan ini lakukan untuk menyelesaikannya..
saya suka untuk menganggap masalah ini ialah pintu..
pintu untuk satu kehidupan yang lebih matang dan indah..
hidup jadi bosan kan kalau tak ada masalah..tak thrill la katakan..
masalah mengajar manusia menjadi lebih matang, bijak berfikir..
masalah membentuk kekuatan dalaman seseorang..
and please..
don't ever think that u are the only one who have a problem..
lain orang lain masalah..
orang kaya masalah dia lain..orang miskin masalah dia lain..
orang tua masalah dia berbeza..orang muda masalah dia berbeza..(even animal have a problem too!!!)
kesilapan kita bila kita selalu menyatakan "kau takpe lah..tak ade masalah"..
orang lain juga punya masalah, cuma dia tidak merasakan keperluan itu untuk bercerita n berkongsi masalah dia dengan sesiapa sahaja..

bila ada pintu, kena lah ada kunci kan untuk masuk..
kunci dia tak lain tak bukan penyelesaian kepada masalah..
kita selalu berfikir berhabis-habisan macam mana nak selesaikan masalah kita..
berfikir dan berusaha itu wajib..
tapi, jangan sampai mempengaruhi emosi dan rasional kita..
bila ada masalah jek, mulalah emo serantau2..meroyan tak tentu hala..
yakinlah, jalan penyelesaian itu ada..
dan kita akan jumpa "kunci" ni tepat pada masa yang sepatutnya..
ALLAH takkan bagi masalah kalau tak ada jalan penyelesaian..

"permasalah dan jalan keluar itu jaraknya sejauh kening dan tempat sujud"..(pernah dengar kan?)

cuba sujud, dan tengok sejauh mana jaraknya..
kadang2, tanpa kita sedar, "kunci" tu ada di bawah "pintu"..
kekhilafan kita yang membuatkan kita tak nampak "kunci" tu..
jadi,bila ditimpa masalah, bersabar, senyum, berusaha dan berdoa..
inshaa'ALLAH kita akan jumpa jalan keluarnya..

bila terbuka "pintu" tu nanti, apa yang kita nampak dan dapat ialah kekuatan diri dan kemanisan iman itu dalam menghadapi ujian dan dugaan daripadaNya..=)

adioss..

Sunday, January 27, 2013

~~jAlAn-jAlAn, sOlAt-sOlAt~~

assalamu'alaikum..
hari ni dua entri..(terajin plak)..
dah lama nak sharing benda ni, tapi tak tahu la kenapa tak tertaip2..
sebagai satu perkongsian..
hehe..saya suka jalan-jalan..(sape tak suka..ye dak??)
bila jalan-jalan, saya suka makeup2..(yes, i know i'm not that pretty..tapi AAK??!!!) ^_^
waktu jalan2 je lah peluang nak makeup2..
waktu kerja tak sempat nak makeup2 sangat..
kena pergi kerja after subuh..
sekadar pakai foundation, bedak, blusher and lip balm..
bila dah jalan-jalan, confirm dari pagi sampai petang..(for my case la..hahaha)
dah nama pun,berjalan tak ingat umah, haruslah bawak persiapan secukupnya..
mesti ada yang bawak makeup2 sekali..buat touch up kan..
tak terkecuali ada yang bawak pencuci muka..kan3?
kenapa pencuci muka??
my dear sayang...
kalau dah namenye makeup, die bukan meresap dalam kulit sangat pun..(eventhough the cosmetic company claim so)..
and adalah SANGAT penting untuk kita pastikan yang air wudhu' sampai dan rata pada kulit anggota wudhu'..
jadi tu lah gunanya pencuci muka..untuk bersihkan muka sebelum berwudhu'..
tapi leceh kan nak bawak pencuci muka..(for me la..)
so bagi yang malas nak bawak pencuci muka macam saya, meh la kita ber"jemaah" bawak wet tissue..
wet tissue ni ade macam2 jenis..dari yang for baby, sampai la untuk bersihkan certain area mcam meja, kerusi, etc (for hygienic person)..
biasenye saya guna wet tissue for face jek..
don't ever use wet tissue yang digunakan untuk lap2 permukaan taw..sebab kandungan bahan dia lain2..
takut tak sesuai untuk kulit..

 
(ihsan gambar dari google) 

sebagai seorang yang berjimat (read "kedekut"), saya biase beli yang guardian punye..
1 pek ada 3 paket wet tissue, RM5/pek..
tak perlu pakai pencuci muka pun..just apply this wet tissue on ur face..
confirm dengan daki2 tertanggal..
kalau yang jenis murah hati tu, boleh lah beli yang lagi bagus, macam wet tissue biore tu..(tapi mahal woo)

dulu terpaksa bawak beg besar2 sebab nak bawak telekung sekali..
sekarang boleh bawak beg saya yang tak besar, tak kecik pergi jalan2..
saya sangat tidak selesa bila pakai telekung yang ada kat surau2 tempat tumpuan orang ramai..
please forgive me..n jangan salah faham yea kamu2 sekalian..
orang2 suka sangat longgokkan telekung yang masih basah macam tu jek kt rak..
menyebabkan telekung tu berbau..
so hasil "tangkapan" di jalan TAR, saya berjaya menemui dan membeli telekung mini, yang boleh digulung2 dalam beg die sendiri..
and muat dalam beg saya, tanpa perlu bawak beg besar gedabak..=)

 
(ihsan gambar dari strawberry-tags.blogspot.com)

so, boleh jalan2 dengan syoknya, dan boleh solat dengan senang hatinya..
adioss..

~~prOblEmO??~~

assalamu'alaikum....
hari tu berkobar2 semangat nak update hari2..nak merepek hari2..
tapi sejak dua menjak ni, malas bebeno nak update ape2..
PMS kah??(I think so)
 walaupun malas nak update, buka la jugak blog ni..
open dashboard, ingatkan nak customized layout and everything..
but I lost my touch..(menyesal delete blog dulu)
I also tried to edit my picture, adding caption on it so that I can use it as my blog's header..
tapi tak menjadi sangat..stress sangat..and I end up putting that 'ugly' edited picture as my header..
seriously, I miss my old blog so much..
tapi apa kan daya..nasi dah jadi bubur..hmmm
and please don't tell me to ask "grandpa" google for blogs tutorial..
don't have that mood to try and error..
lagi rela try & error cooking... (Yes, I think I'm more becoming a WOMAN right now)
so, don't kutuk2 my blog yang macam tak siap ni..
malas nak godak2 lagi..
yang penting, update entry jek..^_^
adioss...

Monday, January 21, 2013

~~kAU AkU kItA sErUpA~~

kau pijak kat tanah, aku pijak kat tanah, die pun pijak kat tanah..
takde beza nye biarpun kau pakai kasut tumit tinggi 10 inci sekalipun..
jangan kata 10 inci,nak pakai 10 meter pun tetap jugak pijak tanah kan..
ok la..ok la..tak pijak kat tanah..pijak kat bumi.. (susah sangat nak terima hakikat)
same-same berpijak di bumi Tuhan...
TAPI.....
apa hak yang kau ada untuk pandang orang sebelah mata??
apa istimewanya kau sampaikan kau nak hentam orang, nak maki orang, nak kutuk orang, macam kan kau tu hebat sangat???
terlalu banyak manusia yang spesies macam ni aku dah jumpa..
treat orang lain macam kan kau tu tinggi sangat..hebat sangat..bagus sangat..
just because orang tu tak sebagus dan sepandai kau, kau tetap takde hak untuk layan orang macam orang tu low sangat..
kau lupa agaknya...
kepandaian..kebijaksanaan..kekayaan..kecantikan..kekiutan kau..sumenye datang dari ALLAH..
DIA bukan bagi saje-saje..
ade orang anggap,itu kelebihan..
tapi bagi aku, itu "UJIAN"..
ALLAH nak tengok sejauh mana kau melangkah dengan kelebihan yang DIA bagi..
setinggi mana kau nak mendongak langit..
sama ada kau menjadi hamba yang lebih baik dan bersyukur, ataupun kau jadi the worst person ever..
please..please..please..
change your attitude..
tak ke mane der kau kalau masih dengan attitude macam tu..
elok-elok orang niat nak hormat kau nanti, terus tak sudi nak pandang kau langsung..
bila ada orang yang bertanya, jawab dengan ikhlas dan merendah diri..
bersangka baik yang dia memang tak tau..
sebab tu orang bertanya..
and don't expect semua orang tahu and faham dengan tugas & kerja kau, sedangkan kau tak pernah cuba untuk explain in a proper way..


teguran ikhlas dari orang yang selalu kena pandang rendah dengan orang lain.. (aku tak tau apa yang aku merempan ni)

Sunday, January 20, 2013

~~tErbEbAn bAhU~~

kite selalu diingatkan untuk terus bersabar..
selalu dinasihatkan untuk terus bertahan..
"INI UJIAN ALAH"...(kata mereka)
tapi kita dan mereka pun tahu..
hanya yang memikul beban itu yang merasa "penatnya", "sakitnya", "pedihnya" dugaan dan ujian itu..
apa yang pasti, cuma kita dan diri kita sendiri yang mampu menghadapinya...
memahat kekuatan diri..
memacakkan kesabaran...
mengukir ketabahan...
kerana kita insan terpilih oleh ALLAH untuk menerima kasih sayang yang melimpah ruah dariNya..
senyuman menjadi perisai kelemahan dan kerapuhan diri..
tangisan menjadi sahabat tika bersamaNya...
kita yang diuji berada di persimpangan..
antara menjadi pesimis atau optimis dengan setiap ujianNya..
dan aku memilih untuk menjadi positif..
kerana firman ALLAH...........

""Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt." (Surah Al-Ankabut, ayat 2)

Saturday, January 19, 2013

lelaki "ANAK EMAK"

wahhhh..bukan main lagi tajuk entri kan..
bile sebut pasal lelaki anak emak ni, mesti banyak pendapat or persepsi dalam kepala otak kite kan...
huhu..and ada sesetengah nya rase macam "kontroversi" sikit.. (apa yang kontroversi pn tak tau la)
from my point of view....
SAYA SUKA LELAKI ANAK EMAK!!!
hahhaa..ada perempuan tak suke lelaki anak emak..
sebab nye takut nanti lelaki ni akan lebih pentingkan emak die berbanding perempuan tu sendiri..
ish..ish..ish..ape la korang ni fikir macam tu..
tau tak korang, lelaki anak emak ni, ALLAH redha & sayangkan dorang..
rezeki dorang pun ALLAH murahkan..
sebab nye, SYURGA TU DIBAWAH TAPAK KAKI IBU...
lelaki wajib taat pada emak die, walaupun die dah kahwin...
kalau kite tengok dari pandangan yang positif, lelaki anak emak ni, bile dapat perempuan yang memahami, inshaaALLAH bahagia dunia akhirat keluarga tu..
lelaki yang tahu macam mana nak gembirakan dan bahagiakan emak die, inshaaALLAH juga tahu macam mana nak gembirakan dan bahagiakan isteri die..
bile dapat jodoh dengan anak emak ni, bersyukurlah korang..
ALLAH bagi lelaki yang baik untuk korang..
korang kena faham lelaki macam ni, baru la korang boleh bahagia..
and untuk lelaki anak emak ni, dalam mentaati emak, jangan pernah abaikan hak isteri dan anak-anak..
berdosa jugak taw abaikan hak2 isteri dan anak..sebab dorang ni anugerah ALLAH..
and please pray for me too..
I'm on my way looking for "anak emak" ni..=)
adiosss.....

Monday, January 14, 2013

~~hati dah overload~~

penah rase tak hati tu macam dipenuhi ngan sumthing..
sampaikan korang rasa nak muntah sebab banyak sangat benda yang korang simpan dalam hati?
dalam erti kata lain, hati tu dah tak tertanggung..
sampai nak termuntah2..
pernah merasai rase tu..
macam nak kena gastrik lak asenye..
maybe ni la kot sindrom pendam dalam hati banyak sangat..
in the end, the only thing u can do is CRYING....

what an "awesome" feeling.........