CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 28, 2013

~~masaelah itu pintu~~

assalamu'alaikum...=)
salam 1 Malaysia..=)
adakah tuan empunya blog gagal ujian BM waktu SPM sampaikan MASALAH dieja MASAELAH??
sila abaikan tajuk yang menggunakan perkataan MASAELAH..(saya bukan perosak bahasa..maafkan saya)
and lagi satu..penggunaan ganti diri nama "saya" dan "aku" adalah bergantung kepada mood tuan empunya blog.. ^_^
jom menyelam kepada intipati sebenar entri ni..

setiap orang ada masalah..
tak ada manusia yang tak ada masalah..
semua manusia sama..
yang berbeza hanyalah darjah kesukaran sesuatu masalah dan juga PEMBAWAAN "penghidap" masalah..
pembawaan yang dimaksudkan di sini ialah, macam mana seseorang itu menerima masalah yang menimpa dirinya, macam mana insan ini berhadapan dengan masalah, dan apa yang insan ini lakukan untuk menyelesaikannya..
saya suka untuk menganggap masalah ini ialah pintu..
pintu untuk satu kehidupan yang lebih matang dan indah..
hidup jadi bosan kan kalau tak ada masalah..tak thrill la katakan..
masalah mengajar manusia menjadi lebih matang, bijak berfikir..
masalah membentuk kekuatan dalaman seseorang..
and please..
don't ever think that u are the only one who have a problem..
lain orang lain masalah..
orang kaya masalah dia lain..orang miskin masalah dia lain..
orang tua masalah dia berbeza..orang muda masalah dia berbeza..(even animal have a problem too!!!)
kesilapan kita bila kita selalu menyatakan "kau takpe lah..tak ade masalah"..
orang lain juga punya masalah, cuma dia tidak merasakan keperluan itu untuk bercerita n berkongsi masalah dia dengan sesiapa sahaja..

bila ada pintu, kena lah ada kunci kan untuk masuk..
kunci dia tak lain tak bukan penyelesaian kepada masalah..
kita selalu berfikir berhabis-habisan macam mana nak selesaikan masalah kita..
berfikir dan berusaha itu wajib..
tapi, jangan sampai mempengaruhi emosi dan rasional kita..
bila ada masalah jek, mulalah emo serantau2..meroyan tak tentu hala..
yakinlah, jalan penyelesaian itu ada..
dan kita akan jumpa "kunci" ni tepat pada masa yang sepatutnya..
ALLAH takkan bagi masalah kalau tak ada jalan penyelesaian..

"permasalah dan jalan keluar itu jaraknya sejauh kening dan tempat sujud"..(pernah dengar kan?)

cuba sujud, dan tengok sejauh mana jaraknya..
kadang2, tanpa kita sedar, "kunci" tu ada di bawah "pintu"..
kekhilafan kita yang membuatkan kita tak nampak "kunci" tu..
jadi,bila ditimpa masalah, bersabar, senyum, berusaha dan berdoa..
inshaa'ALLAH kita akan jumpa jalan keluarnya..

bila terbuka "pintu" tu nanti, apa yang kita nampak dan dapat ialah kekuatan diri dan kemanisan iman itu dalam menghadapi ujian dan dugaan daripadaNya..=)

adioss..

0 comments:

Post a Comment